KOLEJ KOMUNITI hulu langat

  • Utama
  • Korporat
    • Pengenalan
    • Kerangka Pelan Strategik KKHL
  • Muat Turun
    • Penerbitan
    • Takwim Akademik
    • Jadual Kelas
    • Handbook
    • Unit Kaunseling
    • Buku Panduan Pendaftaran
  • Direktori

Pelajar Aktif

401

Pelajar Tamat

2554

Anugerah

11 +

kURSUS sEPENUH mASA

Sijil Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara
Syarat Am Kemasukan1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM atau setaraf
3. Lulus Bahasa Melayu
4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
Tempoh Pengajian4 semester

SINOPSIS

Program Sijil Teknologi Penyejukan Dan Penyamanan Udara adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran teknikal secara teori dan amali. Melalui pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, ia dapat membantu dan menyediakan pelajar ke alam pekerjaan yang sebenar dan mencabar. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan :

1. Unit Penyamanan Udara Domestik : Latihan penyediaan asas, pemasangan dan penyelenggaraan unit penyamanan udara.
2. Unit Penyamanan Udara Kenderaan : Penyelenggaraan unit penyamanan udara kereta, bas dan van.
3. Unit Penyejukan : Penyelenggaraan unit penyejukan domestik, unit penyejukan komersil dan unit penyejukan bilik beku.
4. Unit Penyamanan Udara Industri : Penyelenggaraan unit penyamanan udara industri package unit, chiller dan variable refrigerant volume (VRV).

Sijil Teknologi Maklumat
Syarat Am Kemasukan1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM atau setaraf
3. Lulus Bahasa Melayu
4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
Tempoh Pengajian4 semester

SINOPSIS

Program Teknologi Maklumat adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Teknologi Maklumat. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, ia dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan :

1. Perisian aplikasi, pemasangan komputer, asas pengaturcaraan dan etika digital dan keselamatan sosial.
2. Pangkalan data, rangkaian komputer, asas multimedia, pembangunan reka bentuk laman web dan pengenalan analisis dan rekabentuk sistem.
3. Pembangunan aplikasi mudah alih, internet of things, pengaturcaraan berorientasikan objek dan projek pelajar.

Sijil Pengoperasian Perniagaan
Syarat Am Kemasukan1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM atau setaraf
3. Lulus Bahasa Melayu
4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
Tempoh Pengajian4 semester

SINOPSIS

Program Pengoperasian Perniagaan adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang perakaunan, kewangan dan perniagaan. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

1. Penyediaan rekod-rekod perakaunan daripada dokumen sumber dan seterusnya menyediakan Laporan Kewangan berpandukan kitaran perakaunan yang lengkap.
2. Pengendalian kos pengeluaran, buku tunai runcit, dan penyata aliran tunai dengan menggunakan peralatan-peralatan dengan betul dan selamat dan mempraktikkan kaedah, metodologi dan teknik dengan sesuai dan tertib dalam melaksanakan tugasan.
3. Melaksanakan aktiviti sokongan pemasaran,pengiklanan, promosi jualan dan sokongan jualan dengan betul dan mempraktikkan kaedah, metodologi dan teknik yang sesuai dan tertib dalam melaksanakan tugasan.
4. Melibatkan diri dalam pembangunan maklumat dan keusahawanan.
5. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran asas keusahawanan di dalam bisnes secara professional dan beretika.
6. Menunjukkan kerjasama dan kemahiran interpersonal dan sosial semasa merancang dan melaksanakan tugasan
7. Mengamalkan kemahiran mengumpul maklumat dan pembelajaran kendiri dan sepanjang hayat.
8. Menyampaikan pengetahuan bagi isu kotemporari dan mengenal pasti keperluan bagi pembelajaran sepanjang hayat.
9. Berkomunikasi secara berkesan, bersikap professional dan bertanggungjawab di dalam persekitaran kerja berkumpulan.

    Pengumuman

    Tender/Sebutharga

     Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Kolej Komuniti Sesi 2024/2025 
    Tawaran Sebutharga Pelupusan Aset Alih Kerajaan (Kenderaan)

    Video

    Aktiviti / Program

    • Jalan Prima Saujana 2/G, Taman Prima Saujana 43000 Kajang, Selangor
    • 03-8737 0037
    • 03-8737 0027
    • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    •   Kolej Komuniti Hulu Langat
    •   KKHL Media
    •   kolejkomunitihululangat
    Ke Atas